Showing posts with label Selamat Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Selamat Tahun Baru. Show all posts

Sunday, January 4, 2009

IMPIAN TAHUN 2009 ANDA!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat datang 2009, Semoga Kedatangannya memberikan seribu rahmat dalam hidup anda. Saya doakan semoga kehidupan anda akan lebih baik pada tahun baru ini dari segala sudut terutamanya pengurusan kewangan.

Azam baru? Saya pasti anda sudah tetapkannya awal-awal lagi.

Sudahkah anda tetapkan apa matlamat yang ingin dicapai? Ingin mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM5000 sebulan pada bulan Jun 2009? Memiliki BMW 5 Series sebelum hari raya 2009?

Kalau anda sudah mempunyai matlamat yang jelas, sudahkan anda menulisnya? Kajian menunjukkan bahawa 80% orang dewasa tidak menulis matlamat mereka di atas kertas, jadi bagaimana mereka mahu berjaya?

Sekadar mempunyai matlamat sahaja memang tidak akan mencukupi kerana anda perlu menulisnya di atas kertas dan sebolehnya menampal matlamat tersebut di tempat yang selalu anda nampak e.g. dalam dairi, dalam bilik tidur atau depan cermin.

Selain daripada matlamat, tahukan anda kebanyakan manusia hidup tanpa mengetahui adanya peluang yang mereka sengaja tidak INGIN merebutnya kerana BIMBANG takutkan KEGAGALAN dan juga kerana MENGANGGAP ianya mustahil untuk dicapai?

Ini mengingatkan saya tentang satu cerita di mana seorang wanita telah membuat simpanan sepanjang hidup beliau untuk datang Melancong ke Amerika dan akhirnya beliau merealisasikan impian untuk belayar ke sana dengan sebuah kapal yang besar dan mewah.

Memandangkan bajet wanita tersebut amat terhad, maka dia hanya tinggal di dalam kabin kapal sepanjang masa, dengan mencatu makanan yang beliau bawa. Sehari sahaja lagi yang tinggal untuk sampai ke destinasi, dia ingin merasai kenikmatan makanan di dalam kapal mewah.

Dia pergi ke banquet yang menyediakan buffet, dan memberanikan diri untuk bertanya pelayan, ”Berapa kos harga makanan?”, ”Madam, bukankah anda telah tahu? Semua harga makanan ini telah termasuk dengan kos tiket. Anda boleh makan sebanyak mana yang anda suka, sebab semuanya adalah percuma.”

Apa agaknya perasaan wanita tersebut apabila mengetahui makanan yang disediakan adalah termasuk kos tiket, dan hanya mengetahui pada hari terakhir pelayaran? Tentu RUGI kan?

Begitulah juga dengan kehidupan. Anda mempunyai SEGALA keinginan dan IMPIAN. Anda rasakan ianya mustahil dan amat susah untuk dicapai.

Dengan itu, anda tidak mahu melibatkan diri anda dengan peluang yang tersedia ada sehingga ke penghujung hidup barulah anda sedar bahawa sebenarnya anda boleh memiliki apa sahaja yang anda ingini dalam dunia ini termasuklah Kereta Mewah, Rumah Banglo sekiranya ada orang menunjukkan jalannya. Di waktu itu pasti anda akan mengalami perasaan yang sama seperti cerita wanita di atas.

Saya di sini untuk menunjukkan jalannya kepada anda untuk kita sama-sama mencapai IMPIAN kita. Jangan biarkan anda lepaskan peluang yang ada. Hubungi saya segera untuk satu revolusi baru dalam hidup anda pada tahun 2009!

Hubungi saya untuk menetapkan temujanji pertemuan mengenai bisnes atau sms saya di talian 018 376 0779 sekarang!!

Sekian dan semoga dapat berjumpa anda !!
Petikan kata-kata dari MD Kuasa2.

Thursday, December 25, 2008

Azam tahun baru cuma ritual? Benar @ Salah?


SELAMAT TAHUN BARU!! HAPPY NEW YEAR!!

Apa pun pandangan anda, biarlah kita sendiri yang menilainya...


Saya mengakui tiada satu azam pun yang saya "detailkan" bagi menghadapi tahun baru 2009. Kemudian, saya bertanya kebanyakan rakan taulan dan semua staff apakah mereka telah menyediakan Azam bagi tahun 2009?

Mengejutkan. Berani saya katakan 98% daripadanya tiada apa-apa azam yang dituliskan untuk mengharungi tahun 2009. Sama seperti saya juga (cuma seorang saja yang sudah siap ditulis azamnya di kertas lalu ditampal di dalam pintu bilik tidur). So dari semua maklum balas, rata-rata dapat saya simpulkan:

1. Sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan, atau berbentuk ritual semata-mata? Hinggakan ada yang segan bila ditanya apa yang mereka mahu lakukan nanti, walhal tiada sesaat pun difikirkannya. (Tapi berani memberi jawapan) Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.

2. Saya merasakan elakokah kita amalkan "Esok biar lebih baik dari hari ini". Tanpa perlu kita menunggu akhir tahun untuk bermuhasabah diri, amalkan saja muhasabah diri setiap hari. Tiada salahnya setiap malam sebelum melayan lena, elok dimainkan kembali wayang perlakuan kita seharian tadi. Andai ada yang tidak kena, esok harus kita perbetulkan. Supaya dengan pantas potensi diri berkembang dengan baiknya.

3. Kategorikan azam kita mengikut tingkat. Tanamkan misi jangka pendek , jangka sederhana dan jangka panjang. Malah, merancang apa yang ingin digapai secara berjadual, lebih menampakkan keperibadiannya yang sistematik. Tahun ini saya merancang untuk membuka satu akaun Simpanan Peribadi yang baru untuk menyimpan sejumlah RM50K sebelum berakhirnya Tahun 2009. Tiga bulan pertama RM5K, Tiga bulan kedua RM10K, Tiga bulan ketiga RM15K dan sebelum tiga bulan terakhir RM20K. "Strateginya seperti dalam 7 Nature's Laws Of Success ".

4. Mengukur baju di badan sendiri untuk kita mengenal keupayaan diri, agar berpijak di bumi nyata. Ya, memang tiada salahnya membina cita-cita yang setinggi kota, kerana langit itu tiada had untuk kita. Cumanya sasaran itu jangan dipisahkan sejauh bulan dengan bumi kerana kita kan punya akal yang bijak bestari.

SELAMAT TINGGAL 2008...

p/s: Idea ini, bukannya 100% milik saya tapi hasil pengkongsian pandangan dengan rakan-rakan dan blogger-blogger yang rapat. Akhirkata Selamat Tahun Baru 2009 dan Goodbye 2008