Thursday, December 25, 2008

Azam tahun baru cuma ritual? Benar @ Salah?


SELAMAT TAHUN BARU!! HAPPY NEW YEAR!!

Apa pun pandangan anda, biarlah kita sendiri yang menilainya...


Saya mengakui tiada satu azam pun yang saya "detailkan" bagi menghadapi tahun baru 2009. Kemudian, saya bertanya kebanyakan rakan taulan dan semua staff apakah mereka telah menyediakan Azam bagi tahun 2009?

Mengejutkan. Berani saya katakan 98% daripadanya tiada apa-apa azam yang dituliskan untuk mengharungi tahun 2009. Sama seperti saya juga (cuma seorang saja yang sudah siap ditulis azamnya di kertas lalu ditampal di dalam pintu bilik tidur). So dari semua maklum balas, rata-rata dapat saya simpulkan:

1. Sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan, atau berbentuk ritual semata-mata? Hinggakan ada yang segan bila ditanya apa yang mereka mahu lakukan nanti, walhal tiada sesaat pun difikirkannya. (Tapi berani memberi jawapan) Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.

2. Saya merasakan elakokah kita amalkan "Esok biar lebih baik dari hari ini". Tanpa perlu kita menunggu akhir tahun untuk bermuhasabah diri, amalkan saja muhasabah diri setiap hari. Tiada salahnya setiap malam sebelum melayan lena, elok dimainkan kembali wayang perlakuan kita seharian tadi. Andai ada yang tidak kena, esok harus kita perbetulkan. Supaya dengan pantas potensi diri berkembang dengan baiknya.

3. Kategorikan azam kita mengikut tingkat. Tanamkan misi jangka pendek , jangka sederhana dan jangka panjang. Malah, merancang apa yang ingin digapai secara berjadual, lebih menampakkan keperibadiannya yang sistematik. Tahun ini saya merancang untuk membuka satu akaun Simpanan Peribadi yang baru untuk menyimpan sejumlah RM50K sebelum berakhirnya Tahun 2009. Tiga bulan pertama RM5K, Tiga bulan kedua RM10K, Tiga bulan ketiga RM15K dan sebelum tiga bulan terakhir RM20K. "Strateginya seperti dalam 7 Nature's Laws Of Success ".

4. Mengukur baju di badan sendiri untuk kita mengenal keupayaan diri, agar berpijak di bumi nyata. Ya, memang tiada salahnya membina cita-cita yang setinggi kota, kerana langit itu tiada had untuk kita. Cumanya sasaran itu jangan dipisahkan sejauh bulan dengan bumi kerana kita kan punya akal yang bijak bestari.

SELAMAT TINGGAL 2008...

p/s: Idea ini, bukannya 100% milik saya tapi hasil pengkongsian pandangan dengan rakan-rakan dan blogger-blogger yang rapat. Akhirkata Selamat Tahun Baru 2009 dan Goodbye 2008





No comments:

Post a Comment