Sunday, December 14, 2008

Majlis Pelancaran Program IMPIAN





Untuk makluman anda, klip video semasa Majlis Pelancaran Program IMPIAN & Perlantikan Dr. Irfan Khairi sebagai Duta Program Impian pada 25hb Oktober 2008 yang lalu telah disiarkan menerusi Rancangan WW di Astro AWANI baru-baru ini.

Anda boleh lihat klip video tersebut di Youtube atau klik terus link dibawah.



2 Tips untuk membuat perubahan:

Pertama, harus dimulai dengan niat. Iaitu, berniatlah yang kita ingin berubah. Lebih spesifik lagi perubahan ke arah mana dan di mana tujuan kita. Dengan kata lain, kita ingin menjadi apa, ingin melakukan apa, atau ingin meraih apa? Kunci pada niat kita adalah pada kejelasan akan keinginan kita. Saya tahu, banyak orang ingin berubah, namun tidak juga melakukan apa-apa atau sedaya upaya sebab mereka tidak mengetahui dengan jelas apa yang diinginkan mereka. Cuba renungi, apa yang kita inginkan sekarang? ...

Kedua, bersyukurlah.. Syukuri apa yang sudah kita miliki, capai, atau lakukan agar kita boleh diterima oleh orang lain, namun sebelum kita diterima oleh orang lain, kita harus menerima diri kita sendiri terlebih dahulu.

Kesimpulannya ialah, untuk mulai berubah, ada dua perkara yang harus dilakukan. Pertama tetap niat untuk berubah secara spesifik. Kedua bersyukurlah. Jika kedua hal ini sudah dilakukan, maka hal yang lain akan dipermudahkan.

"Kepada bakal-bakal Impianist, marilah kita berusaha agar impian kita tercapai. Tiada yang mustahil, kerana kita boleh melakukannya." - Saiful Aznam M Osman


No comments:

Post a Comment